Pen cahaya ialah
peranti input komputer dalam bentuk tetongkat yang peka terhadap cahaya. Ia membenarkan pengguna mengacu kepada objek paparan atau menulis pada skrin
televisyen atau
pengawas komputer dalam cara yang sama dengan
skrin sentuh tetapi lebih jitu. Pen cahaya hanya boleh berfungi dengan paparan berasaskan
tiub sinaran katod (CRT) dan tidak boleh berfungsi dengan paparan yang berasaskan
paparan hablur cecair (LCD). Pen cahaya yang pertama digunakan pada sekitar
1957 untuk komputer
Lincoln TX-0 di
MIT Lincoln Laboratory. Pen cahaya adalah agak mudah dilaksanakan. Ia berfungsi dengan mengesan setiap perubahan mengejut yang kecil dari segi keamatan cahaya titik skrin apabila
senapang elektron mengemas kini titik itu. Dengan membanding setakat mana pengimbasan telah siap pada sesuatu masa, kedudukan X,Y untuk pen dapat ditentukan. Ini biasanya dicapai dengan pen cahaya mencetuskan
sampukan dan dengan itu, kedudukan imbas boleh dibaca daripada daftar khusus, atau dihitung dengan pembilang atau pemasa. Kedudukan pen dikemaskinikan pada setiap penyegaran skrin. Pen cahaya menjadi agak popular pada awal dekad
1980-an dan terkenal bagi penggunaannya dalam pensintesis
Fairlight CMI, dan
mikrokomputer BBC Micro. Akibat pengguna perlu mengekalkan kedudukan tangannya di hadapan skrin untuk masa yang panjang, pen cahaya kemudian hilang kepopularannya sebagai salah satu peranti input serba guna. Pen cahaya pertama digunakan sekitar
1957 bagi komputer
Lincoln TX-0 di makmal Lincoln
MIT. Peserta dalam rancangan permainan
Jeopardy! menggunakn pen cahaya bagi menulis pertaruhan mereka dan balasan bagi pusingan Akhir Jeopardy!. Oleh kerana pen cahaya beroperasi melalui pengesanan cahaya yang dihasilkan oleh fosforus pada skrin, aras keamatan bukan sifar diperlukan bagi menentukan kedudukan yang dipilih.